10 KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 10 artis popular di Malaysia
Abang Bana sanggup cari Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Artis dekat Malaysia ni untuk bagi inspirasi kepada adik-adik yang baru sahaja mendapat keputusan SPM.
Abang Bana sanggup cari Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Artis dekat Malaysia ni untuk bagi inspirasi kepada adik-adik yang baru sahaja mendapat keputusan SPM.
Keputusan artis-artis di malaysia ni boleh tahan hebat sebenarnya. Abang Bana boleh kata yang tersenarai ni antara yang terbaik lah.
Gali punya gali ini antara nama-nama yang abang bana berjaya temui. Sebelum apa-apa, abang bana nak bagitahu adik-adik, pada tahun 90an, SPM menggunakan aggregate untuk lihat purata akademik. Dan
aggregate yang dikumpul akan menentukan gred atau pangkat. Semakin sikit
aggregate semakin bagus la keputusan tersebut. Siapa yang dapat Gred 1 kira antara yang terbaik dan senang nak dapat tempat di Universiti masa tu. Gred 2 pun dulu dah kira hebat waktu tu. Kalau sekarang,tak silap abang bana, adik dapat B untuk Bahasa Inggeris, terus tak layak nak ambil asasi dekat universiti ternama dekat Malaysia ni. Banyak sangat yang dapat A.
Orite..
Dibawah adalah 10 keputusan SPM artis dan selebriti popular di Malaysia:
- Neelofa – 10A (7A1 + 3A2), 2006
- Syura – 3A spm, 2004
- Siti Nordiana – 5A spm ,2000
- Dato Fazley – Gred 1 Agregat 7
- Diana Danielle -2A 5B
- Sheila Rusly – Gred 2
- Dato Siti Nurhaliza – Gred 2, Dikatakan mendapat tawaran Uitm Arau tetapi tidak lapor diri.
- Syafinaz Selamat – Gred 1, Aggregate 8. SPM 1990
- Najwa Latif – 4A
- Nasha Aziz – mungkin Gred 1 (abang bana tak pasti bab ni)
Banyak lagi idola lain
selain daripada artis kita, cuma ini salah satunya. Ambil yang baik-baik sahaja,
yang tak elok jangan ambil. Ambil iktibar dan pengajaran.
Abang Bana doakan buat adik-adik yang sudah mendapat keputusan SPM baru-baru ni agar dipermudahkan segala urusan, dapat buat pilihan UPU yang terbaik dan bijak untuk memilih hala tuju kehidupan selepas SPM.
Nota: Keputusan SPM artis-artis ni semua sumber dari internet..
0 Komen untuk "10 KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 10 ARTIS POPULAR DI MALAYSIA"