Jangan Nak BANA sangat

KEPALA BANA CLEVER GIRL BUJANG LAPOK ADA 3!!

Selepas cerita peserta Clever Girl tidak dapat bezakan mother teresa dan mahatma gandhi minggu lepas.
Minggu ni cerita kesilapan pihak produksi terhadap jawapan kepada soalan yang diberi kepada peserta pula.

Jawapan berkenaan Filem Bujang Lapok  yang diberikan kepada Peserta daripada Sarawak sebentar tadi salah sebenarnya.

Filem Bujang Lapok mempunyai 4 cerita bermula dengan Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Alibaba Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok.
 



















Filem Bujang Lapok hasil karya seniman P.Ramlee dikatakan hanya ada 3 di dalam Rancangan Clever Girl episod 2 tadi.

Abang Bana pelik sebenarnya, macam mana produksi boleh silap dalam memberi jawapan yang betul. Nama rancang Clever Girl, Satu Malaysia Tengok, jangan lah sampai bagi jawapan salah lagi lepas ni. Kalau soalan daripada Mensa mungkin ramai yang tak tahu, tapi kalau soalan bab Filem Bujang Lapok ni menipu sangat ramai yang tak tahu. Selalu cerita Bujang Lapok di kaca tv, Tapi TV3 cukup jarang tayang cerita P.Ramlee ni.

Sebab kesilapan macam tadi, soalan yang cukup simple, Abang Bana dah susah nak percaya dengan setiap jawapan daripada rancangan Clever Girl ni. Moga jangan buat lagi lah ye.

Antara Scene yang menarik dalam Semua Filem Bujang Lapok. Yang Abang Bana Suka

Bujang Lapok : Scene Dua emak bergaduh tentang cincin, scene ketuk botol nak panggil buah hati.

Pendekar Bujang Lapok : Scene Bergaduh di jeti, Scene di kubur untuk ilmu persilatan tiga bujang lapok

Alibaba Bujang Lapok : Scene nak buka pintu gua, Korek tanah nak simpan Harta, Scene tandakan X pada rumah alibaba.

Seniman Bujang Lapok : Scene nak bercakap singh jaga studio jalan ampas, Scene ujibakat nak berlakon dengan direktor ahmad nisfu, scene ramli bergaduh dengan sarip dol masa hujung cerita.

Banyak lagi scene yang menarik dalam kesemua cerita bujang lapok ni, banyak pengajaran dan kita yang ada  pada zaman ni dapat rasa macam mana suasana pada zaman itu.

Al- Fatihah buat mereka yang telah meninggalkan kita. Terima kasih kerana menghiburkan hati kami.
Al-Fatihah.
0 Komen untuk "KEPALA BANA CLEVER GIRL BUJANG LAPOK ADA 3!!"

Back To Top