Keputusan SPM tidak memuaskan?
Risau dengan keputusan yang membuatkan anda tidak layak untuk memohon Universiti Awam?
1. Bertenanglah, ini bukan hari kiamat!
Terdapat banyak berita mengenai pelajar yang membunuh diri kerana mendapat keputusan SPM yang tidak memuaskan. Ini bukanlah jalan penyelesaian, sebaliknya ada banyak lagi cara untuk kamu terus berjaya. Mungkin keputusan ini akan memberi hikmah kepada kamu untuk berusaha bersungguh-sungguh lagi. Ingatlah, pembelajaran tidak hanya terhenti ketika berusia 17 tahun – tapi sehingga akhir hayat.
Jangan akhiri hayat kamu hanya kerana kamu gagal SPM. Terdapat banyak lagi jalan untuk kamu meneruskan kehidupan.
2. Pertimbang ambil semula SPM
Terdapat beberapa cara untuk mengambil SPM, seperti mengambil SPM Kertas Julai (ujian SPM semula untuk kertas Bahasa Malaysia dan Matematik) atau mengambil semula semua kertas peperiksaan dengan belajar di kelas-kelas swasta atau pusat tuisyen untuk mengambil semula secara persendirian. Pendaftaran untuk SPM Kertas Julai bermula dari Mac ini, jadi kamu boleh bersiap sedia mulai sekarang.
3. Kenalpasti subjek terkuat anda
Kenalpasti subjek terkuat kamu dan berdasarkan subjek tersebut, bidang apa yang kamu boleh ambil dan institusi yang mana yang menyediakan bidang tersebut.
4. Pertimbang untuk kursus-kursus teknikal
Terdapat beberapa kursus teknikal seperti kolej vokasional, politeknik, atau kolej teknik yang tidak memerlukan keputusan SPM yang baik, tetapi memerlukan kemahiran dari segi teknikal seperti kimpalan, elektrik atau mekanikal. Dengan ini, kamu boleh memaksimakan kekuatan kamu dengan memberi fokus kepada bidang-bidang teknikal yang lebih sesuai dengan kamu.
5. Kerja
Jika kamu memerlukan masa untuk kamu berfikir ke mana hala tuju kamu selepas SPM, atau kamu tidak mempunyai wang untuk menyambung pelajaran, kamu boleh bekerja sementara mengumpul pengalaman kamu. Dengan bekerja, kamu mungkin mempunyai wang poket kamu sendiri, disamping dapat membantu meringankan beban keluarga.
0 Komen untuk "5 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU JIKA KEPUTUSAN SPM MACAM LAHABAU"