Jangan Nak BANA sangat

PELUANG BUAT LEPASAN SPM YANG TIDAK MAHU MEMINJAM PTPTN

Untuk adik-adik yang sudah mendapat keputusan SPM. Untuk yang berminat untuk menjadi seorang tentera, abang syorkan adik-adik meletakkan UPNM sebagai pilihan pertama adik-adik dalam UPU untuk melayakkan adik-adik dipanggil ke temuduga pertama daripada UPNM.


Soal keputusan SPM adik-adik jangan risau, walaupun adik-adik hanya mendapat 4A, kalau dah rezeki adik-adik untuk masuk ke UPNM, inshaallah adik akan dapat. Tapi kalau adik-adik keputusan 4A nak mohon asasi perubatan,Harap maaf, adik memang tak layak serta merta. Abang beritahu ni daripada cerita kawan-kawan abang sendiri.

Untuk adik-adik yang berhasrat untuk berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara, memenuhi syarat-syarat dan taknak pinjam PTPTN.
Dapat elaun dan tak payah nak susahkan mak ayah. Ini jalan yang terbaik untuk adik-adik.

ATM mempelawa warganegara Malaysia berkelayakan SPM untuk dilantik sebagai Bakal Pegawai Kadet bagi menjalani pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia. 

Mereka akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian. Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 April 2016. 

Harap maklum.
3 Program Asasi ditawarkan iaitu
1 - Asasi Perubatan
2 - Asasi Kejuruteraan dan Sains Teknologi
3 - Asasi Pengurusan dan Strategi

Logo UPNM

Cara Memohon. Calon- calon hendaklah memohon melalui Unit Pusat Universiti dengan mendaftar melalui http://upu.mohe.gov.my/web/ dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama. Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat tertera di atas akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di tempat yang akan ditetapkan kelak.

GAJI Pokok Pelajar Tajaan Kementerian Pertahanan
Tahun Asas - RM1,103.96
Tahun 1 - RM1,228.96
Tahun 2 - RM1,353.96
Tahun 3 - RM1,478.96
Tahun 4 - RM1,603.96
Tahun 5 - RM1,620.00
Elaun Bulanan
Elaun Khidmat Bulanan - RM115.00
Sara Hidup - RM150.00
Insentif Khas - RM200.00
Bonus Tahunan tertakluk kepada sokongan

Kos Pengajian, Makan Minum, Penginapan, Buku, Pakaian, Latihan Ketenteraan adalah DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN.


Berjasa untuk agama,bangsa dan juga negara.
2 Komen untuk "PELUANG BUAT LEPASAN SPM YANG TIDAK MAHU MEMINJAM PTPTN"

Back To Top