PENAMPAR TOKYO

Assalamualaikum. Coretan petang Jumaat 18.3.2016
Saya teringat cerita orang tua2 di kampong saya di Anak Bukit, Kedah tentang askar Jepun yg memerintah kita dari 1942-1945 dulu. Antara kisah yg selalu disebut ialah mengenai penampaq (penampar) Tokyo.
Penampar Tokyo ialah penampar pergi-balik atau dua hala. Mula2 ditampar pipi sebelah kiri. Bila kita dan condong ke kanan dibalas pula penampar ke pipi kanan. Itulah penangan penampar Tokyo. Terus berdesing telinga dan nampak bintang2.
Menurut kata orang tua2 di kampong saya
tentera Jepun akan beri penampar Tokyo kpd orang yg rumah dan halamannya
kotor. Sebab itu semasa Jepun memerintah orang kampong tidak berani nk
buang sampah ke dalam sungai atau merata tempat.
Sebaliknya mereka akan bakar sampah atau korek tanah dan tanam sampah sarap.
Nampaknya berkesan penampar Tokyo ni. Selama 3 tahun 8 bulan kampong2 di Kedah bersih.
Satu kisah lagi ada seorang penduduk kampong saya memiliki basikal. Suatu hari semasa menunggang basikal tayarnya pancit. Dia pun tolak basikal utk ke kedai utk menampal tayar yg pancit. Tiba di check point tentera Jepun tanya apa hal. Dia jawab pancit. Habis nk ke mana? Dia jwb nk ke kedai basikal utk tampal.
Langsung diberi penampar Tokyo dua das sbb pandai naik basikal tapi tak tahu tampal sendiri. Selepas ditampar barulah di tunjukkan cara menampal tayar.
Berkesan nampaknya cara Jepun ini. Hari ni kita lihat keadaan sekeliling kotor kembali. Org kita pun manja sangat. Hingga nak check air, tekanan angin, dan minyak enjin kereta pun tak tahu dan malas. Semua harap mekanik saja buat kerja.
Mungkin nak kena penampar Tokyo baru kita tersedar kembali...
Sumber daripada Facebook: Abdul Muati Ahmad
Abang Bana sangat setuju dengan Cerita Tuan Abdul Muati ni. Kalau dulu ada penampor tokyo yang boleh disiplinkan orang. Sekarang apa yang ada untuk disiplinkan orang? Undang-undang? hmm.. sekali suap je undang-undang tu entah kemana. Kalau penampar tokyo ni direct kena kat situ, tak sempat nak menyuap apa. Kena dulu baru bincang. Haha. Bukan nak kata orang jepun tu bagus sangat. Orang melayu kita yang terlalu manja. Dari zaman kesultananan melayu melaka kita dimanjakan. Zaman tu, tentera yang nak jaga Melaka pun diupah. Kalau adapun orang tanah melayu yang jadi tentera masa tu, Abang Bana rasa tak ramai pun, Orang Tanah melayu masa tu lebih jaga pentadbiran. Sayangkan raja, Sayangkan kedudukan.
Kenal Si Kitol? Si Kitol ni lah tali barut Portugis masa tu. Kalau difikir logik akal, Bukan Si Kitol sahaja yang jadi tali barut. Mesti ada yang lain juga. Untuk kedudukan dan pangkat sanggup jual tanah air pada orang lain. Ambil lah iktibar anak muda, Abang Bana selalu rasa yang zaman sekarang masih ada lagi Si Kitol.
Balik pada tajuk asal tadi. Penampar Tokyo ataupun Penampar Jepun. Kalau zaman jepun Penampar dapat disiplinkan orang. Zaman Abang bana sekolah, rotan boleh disiplinkan pelajar, Zaman sekarang rasa-rasa apa yang boleh disiplinkan orang? Mungkin dengan nasihat, orang boleh sedar, In shaa Allah.
Sekian.

Assalamualaikum. Coretan petang Jumaat 18.3.2016
Saya teringat cerita orang tua2 di kampong saya di Anak Bukit, Kedah tentang askar Jepun yg memerintah kita dari 1942-1945 dulu. Antara kisah yg selalu disebut ialah mengenai penampaq (penampar) Tokyo.
Penampar Tokyo ialah penampar pergi-balik atau dua hala. Mula2 ditampar pipi sebelah kiri. Bila kita dan condong ke kanan dibalas pula penampar ke pipi kanan. Itulah penangan penampar Tokyo. Terus berdesing telinga dan nampak bintang2.

Sebaliknya mereka akan bakar sampah atau korek tanah dan tanam sampah sarap.
Nampaknya berkesan penampar Tokyo ni. Selama 3 tahun 8 bulan kampong2 di Kedah bersih.
Satu kisah lagi ada seorang penduduk kampong saya memiliki basikal. Suatu hari semasa menunggang basikal tayarnya pancit. Dia pun tolak basikal utk ke kedai utk menampal tayar yg pancit. Tiba di check point tentera Jepun tanya apa hal. Dia jawab pancit. Habis nk ke mana? Dia jwb nk ke kedai basikal utk tampal.
Langsung diberi penampar Tokyo dua das sbb pandai naik basikal tapi tak tahu tampal sendiri. Selepas ditampar barulah di tunjukkan cara menampal tayar.
Berkesan nampaknya cara Jepun ini. Hari ni kita lihat keadaan sekeliling kotor kembali. Org kita pun manja sangat. Hingga nak check air, tekanan angin, dan minyak enjin kereta pun tak tahu dan malas. Semua harap mekanik saja buat kerja.
Mungkin nak kena penampar Tokyo baru kita tersedar kembali...
Sumber daripada Facebook: Abdul Muati Ahmad
Abang Bana sangat setuju dengan Cerita Tuan Abdul Muati ni. Kalau dulu ada penampor tokyo yang boleh disiplinkan orang. Sekarang apa yang ada untuk disiplinkan orang? Undang-undang? hmm.. sekali suap je undang-undang tu entah kemana. Kalau penampar tokyo ni direct kena kat situ, tak sempat nak menyuap apa. Kena dulu baru bincang. Haha. Bukan nak kata orang jepun tu bagus sangat. Orang melayu kita yang terlalu manja. Dari zaman kesultananan melayu melaka kita dimanjakan. Zaman tu, tentera yang nak jaga Melaka pun diupah. Kalau adapun orang tanah melayu yang jadi tentera masa tu, Abang Bana rasa tak ramai pun, Orang Tanah melayu masa tu lebih jaga pentadbiran. Sayangkan raja, Sayangkan kedudukan.
Kenal Si Kitol? Si Kitol ni lah tali barut Portugis masa tu. Kalau difikir logik akal, Bukan Si Kitol sahaja yang jadi tali barut. Mesti ada yang lain juga. Untuk kedudukan dan pangkat sanggup jual tanah air pada orang lain. Ambil lah iktibar anak muda, Abang Bana selalu rasa yang zaman sekarang masih ada lagi Si Kitol.

Sekian.
0 Komen untuk "KISAH PENAMPAR TOKYO DAN ORANG KITA. Tak kusangka Tak ku Duga"