Jangan Nak BANA sangat

UMUR DAN USIA DIKATEGORIKAN

USIA ANDA DIGELAR APA?





WHO Keluarkan Kriteria Baharu Berdasarkan Usia : 65 Tahun Masih Tergolong Muda

Organisasi Kesihatan Dunia WHO yg beribu pejabat pusat di Geneva, Swiss melalui kajian tentang kualiti kesihatan dan harapan hidup purata manusia di seluruh dunia menetapkan kriteria baharu yg mengkategorikan kehidupan manusia ke dlm 5 kelompok usia:

0 - 17 tahun: anak2 di bwh umur
18 - 65 tahun: pemuda
66 - 79 tahun: setengah baya
80 - 99 tahun: orang tua
100 tahun ke atas: orang tua berusia panjang

Jadi, anda jangan lagi menggolongkan seseorang  yg berusia 70 tahun ke dlm  kelompok orang tua, kerana piawaian baharu dunia tersebut. 

65 tahun masih lagi pemuda. Jangan main-main. 

Tapi itu bagi Abang Bana kalau di Swiss boleh nak kategorikan muda, sebab mereka umur 60 masih lagi boleh berjogging, main basikal dan sebagainya. 

Dekat Malaysia, bukannya tiada, cuma kebanyakkan yang sudah berusia 50 tahun ke atas mesti ada masalah kesihatan terutamanya masalah lutut. Lutut ni ada yang gaut, ada yang gris dah takde.

Bila dah ada masalah Lutut ni. Banyak benda tak boleh nak buat. Abang Bana rasa, mungkin disebabkan faktor pemakanan di Malaysia sendiri sebenarnya. Ya lah kan,kebanyakan punca penyakit ni sebenarnya daripada pemakanan. Malaysia negara kebanggaan kita ni pula kaya dengan Makanan. Makanan itu lah, Makanan ini lah. Makan guna lampin lah. Abang Bana tak boleh terima ada yang boleh makan guna lampin ni. Aishh.

Balik pada pemakanan tadi.

Kalau kita suka ambil makanan laut kena gout.
Kalau kita suka ambil nasi kena kencing manis.
Kalau kita suka ambil bergoreng kolestrol tinggi.
Kalau kita suka ambil bahagian dalaman binatang macam hati dang sebagainya pun kolestrol tinggi.
Kalau kita suka ambil benda yang kolestrol tinggi ni dah bawa ke sakit jantung pula.
Kalau kita suka ambil yang berminyak jadi obesiti.
Kalau kita suka ambil makanan dengan arang boleh kena kanser.
Kalau kita suka ambil makanan guna lampin kena bangang daripada orang lain.



Apa-apa pun, nak jaga kesihatan ni daripada pemakanan. Tak kisah lah tua atau muda. Walaupun ajal tak mengira usia. Sebaiknya, anugerah yang Allah dah bagi dekat kita, kita jaga sebaiknya. Abang Bana pun tengah jaga pemakanan sambil nak menguruskan badan ni. Jadi apa lagi. 

Jaga kesihatan, baru kekal muda.

0 Komen untuk "UMUR DAN USIA DIKATEGORIKAN"

Back To Top