Jangan Nak BANA sangat

MASIH INGAT BAYI YANG DITINGGALKAN DI MASJID ?





 BAYI INI MASIH ADA BELAS KASIHAN SEORANG IBU



Tahun lepas kita digemparkan dengan cerita bayi ini ditinggalkan dihadapan masjid. Jelas kita nampak, ibu sebenar kepada bayi tersebut menginginkan anaknya dijaga oleh orang yang baik. Abang Bana bagi pujian pada si ibu, walaupun sebenarnya si ibu melakukan perkara yang salah.  Rasanya bayi dalam gambar diatas dah pandai berjalan dah. Alhamdulillah.

Yang Abang Bana rasa terkilan sangat, dengan berita semalam.
 
MANA PERIKEMANUSIAAN?
MANA SAYANG SEORANG IBU?
MANA PERLINDUNGAN DARI SEORANG AYAH?

Pada 29 Februari 2016 iaitu semalam, Malaysia digemparkan dengan kes anak dicampak dari tingkat 18 di Flat Danau Kota, Setapak.



Ibu yang berumur 39 tahun ditahan kerana membunuh bayi selepas dilahirkan. Mana perginya belas kasihan si ibu?

Tak nak jaga tak jadi masalah, bagi dekat orang yang nakkan anak.

Abang Bana sendiri tak sangka, seorang ibu yang sudah berusia 39 tahun, yang sudah berfikiran matang tergamak melakukan perkara seperti itu.

Kemungkinan si ibu mengalami masalah mental, masalah keluarga dan sebagainya yang boleh membuatkan si ibu melakukan perkara yang diluar jangkaan.

Kesimpulannya,
Abang bana boleh kata, kalau kita ada masalah, mengadu pada Allah.
Allah sentiasa mendengar rintihan hambanya.
Jangan kita rasa sombong, jangan kita rasa yang Allah tak nak dengar rintihan kita.
Ingat dalam hati kita, Allah memberi ujian pada hambanya agar kita sentiasa ingat kepada nya.
0 Komen untuk "MASIH INGAT BAYI YANG DITINGGALKAN DI MASJID ?"

Back To Top