Jangan Nak BANA sangat

SONGKOK ITU TURKI, TANJAK ITU MELAYU

TANJAK ITU MELAYU , SONGKOK ITU TURKI



Songkok merupakan sejenis topi tradisional yang dipakai oleh orang melayu. Songkok dipakai ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, upacara rasmi negara dan juga majlis-majlis tertentu. Segak bergaya dengan baju melayu dan bersongkok hitam.

Gah berjalan dengan penampilan pakaian tradisi bangsa. Tapi sayangnya, dalam kita gah mempromosikan pakaian tradisi kita, kita silap. Songkok yang dipakai oleh orang melayu sehingga sekarang bukannya warisan asli orang melayu, TANJAK atau TENGKOLOK ialah merupakan hiasan kepala orang Melayu yang sebenar . Terlihat Kepahlawanan orang melayu jika dipakai.

Kata Hang Tuah,
Takkan Melayu Hilang Didunia
Itu kata Hang Tuah, bukan kata Bana.

Dahulu, tanjak dipakai dengan baju melayu, seluar melayu dan berkain sarong atau berkain songket. Kalau tengok drama melayu yang bertemakan zaman kesultanan melayu, tiada yang memakai songkok, yang ada hanya tengkolok dan tanjak.
Kacaknya Allahyarham Nordin Ahmad
Pemakaian songkok berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Songkok menjadi identiti islam selepas ia popular dipakai oleh kalangan India Muslim. Sepertimana yang kita tahu, Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu merupakan pusat dagangan utama di Dunia. Di situ kita dapat lihat bahawa akan adanya percampuran budaya dan sekaligus membuatkan pemakaian masyarakat berubah. Sehingga sekarang perubahan dalam fesyen dan pemakaian itu terjadi, contohnya fesyen barat dan fesyen korea yang sudah menjadi trend di Malaysia.

Tanjak atau Tengkolok merupakan simbol sebenar orang Melayu dan bukannya songkok.

Kini Orang Melayu malu untuk memakai tanjak dan tengkolok. yang berani pakai hanya Monoloque.
Pengaruh British yang dahulu, hampir 59 tahun merdeka, orang melayu lupa warisan nenek moyang dan menunjukkan lemahnya pengaruh kuasa istana pada masa kini. Tanjak atau Tengkolok dipakai hanya di majlis perkahwinan untuk RAJA SEHARI. Bukannya raja dua Hari.

Masih ada lagi ataupun tidak indivudu yang berani menggayakan TANJAK atau TENGKOLOK selain daripada artis malaysia iaitu MONOLOQUE di Malaysia ini?



2 Komen untuk "SONGKOK ITU TURKI, TANJAK ITU MELAYU"

Back To Top